mcmc
Maklumat Am

Maklumat AM

sshot-18

Asal-usul Daerah Jelebu

Daerah Jelebu terletak di bahagian timur Negeri Sembilan, bersempadan dengan Pahang dan Selangor. Jelebu boleh dihubungi melalui empat pintu masuk utama iaitu dari Kuala Lumpur melalui Ampang – Ulu Langat – Kongkoi – Kuala Klawang melalui jalan ini ia boleh dihubungi hanya sejauh 90 KM. Jika dari negeri Pahang melalui Simpang Durian ke Kuala Klawang sejauh lebih kurang 48 KM. Dari Seremban ke Kuala Klawang sejauh lebih kurang 37 KM. Manakala dari Jempol – Simpang Pertang – Kuala Klawang sejauh lebih kurang 26 KM.

 

Jelebu dianggarkan berkeluasan lebih kurang 136,751.49 ha dan jumlah penduduk dianggarkan seramai 43,371 orang. Kawasan pentadbiran meliputi 8 mukim iaitu Klawang, Pertang, Glami Lemi, Kenaboi, Ulu Klawang, Triang Hilir, Ulu Triang dan Peradong.Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan dan penanaman tumbuhan di Jelebu adalah sangat subur.

 

Pekan Kuala Klawang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Jelebu yang menempatkan pejabat-pejabat penting seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Muzium Budaya Jelebu dan Perpustakaan daerah. Pekan-pekan utama yang turut menjadi nadi penting Daerah Jelebu adalah Titi, Simpang Durian, Simpang Pertang, Pertang dan Sungai Lui.Jelebu turut dikenali sebagai Luak Jelebu yang dikepalai oleh Datuk Undang Jelebu.