Pernahkah anda mengalami gejala sakit perut, perut berangin, loya, muntah & cirit selepas minum susu?
Ya, anda mungkin ada masalah Intoleransi Lactosa.
Dianggarkan sekitar 70-90% rakyat Malaysia mengalami masalah ini. Intoleransi laktosa disebabkan oleh kekurangan enzim laktase, yang bertanggungjawab untuk memecahkan laktosa, gula yang terdapat dalam susu dan produk tenusu.
Tanpa laktase yang mencukupi, laktosa kekal tidak dicerna dalam usus, membawa kepada gejala seperti kembung perut, gas, cirit-birit, dan sakit perut.
Masalah ini berlaku disebabkan oleh faktor genetik, dengan kumpulan etnik Melayu dan Cina lebih berkemungkinan tidak bertoleransi laktosa berbanding yang lain.
Selain itu, diet tradisional Malaysia cenderung lebih rendah dalam produk tenusu, yang boleh menyumbang kepada pengeluaran laktase yang lebih rendah.
.
Jika anda ada masalah ini, boleh cuba ambil dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu untuk merangsang pengeluaran enzim ini. Jika tidak tahan dengan susu, mungkin anda boleh cuba mengantikan dengan produk tenusu lain utk sumber kalsium.
Pages: 1 2