mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari Ini

Pusat Kegiatan Masyarakat di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

 

Golongan wanita simpang pertang juga dilihat banyak membantu dari segi memenuhi aktiviti kemasyarakatan. Mereka tidak sesekali hanya tertumpu bekerja sebagai suri rumah semata-mata. Walaubagaimanapun pertubuhan pusat kegiatan KEMAS sedikit sebanyak dapat membantu dari segi untuk memulakan perniagaan dari rumah. Pertubuhan KEMAS tersebut  merupakan medium pembelajaran kemahiran seperti memasak dan menjahit.

Pusat Kegiatan Masyarakat di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terletak bersebelahan dengan Balai Polis Simpang Pertang. Bangunan dua tingkat ini mula beroperasi pada bulan September 2007. Segala kegiatan masyarakat terutamanya golongan wanita seperti kelas memasak, menjahit, kelas agama dan lain-lain dijalankan di sini.

Kebiasaannya kelas memasak diadakan pada setiap hari Selasa, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat dua sesi untuk kelas ini iaitu sesi pertama bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, manakala sesi kedua bersambung pada jam 2.00 hingga 5.00 petang. Setiap sesi, terdiri daripada peserta yang berbeza-beza. Kebanyakan peserta berasal dari kawasan Simpang Pertang dan beberapa kawasan berhampiran.

Selain kelas memasak, terdapat juga kelas menjahit yang diadakan pada jam 3.00 petang setiap hari Khamis dan Jumaat. Menurut tenaga pengajarnya, Salmiah Salim, terdapat 25 orang peserta yang mengikuti kelas jahitan tersebut. Antara jenis baju yang dijahit ialah baju kebaya dan baju kurung. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini seperti surau, pusat sumber, tempat meletak kenderaan dan lain-lain.