Salam semua. Ni min nak ajar macam mana nak beli minyak masak pada separuh harga dengan menjual semula minyak terpakai kita.
Peniaga goreng pisang /ayam goreng kat pasar malam dah lama tahu. Syarikat kedai makanan segera pun tahu. Rupanya minyak terpakai kita boleh dijual semula pada separuh harga daripada pembelian.
Jika kita beli RM30 untuk minyak masak 5 kg, kita boleh dapatkan semula RM15 dengan menjual semula kepada Petronas.
Gunakan semula RM15 tu untuk beli minyak RM30. Ulang semula selepas guna. Ya, mungkin kita takkan dapat balik 5kg tu tapi mungkin 4 kg pun ok daripada tak dapat langsung kan. RM3 Sekilo.
Minyak yang dikitar semula ini akan diproses menjadikan biofuel, sejenis bahan bakar kenderaan yang menggunakan campuran petrol dan minyak tumbuhan. Bukan saja kita dapat jimatkan perbelanjaan dapur, kita juga dapat mengurangkan kebergantungan dunia kepada bahan bakar jenis fosil.
Pages: 1 2