mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

14573007916 7312174320 m

Sesebuah penempatan tidak akan sempurna sekiranya tidak dilengkapi dengan prasarana untuk orang ramai. Pekan Simpang Pertang tidak terkecuali dari mendapat pelbagai jenis kemudahan seperti pejabat pos, masjid, klinik desa, perpustakaan desa, balai polis dan lain-lain. Kebanyakan prasarana yang disediakan di pekan ini tertumpu dalam satu kawasan. Hal ini adalah bagi memudahkan penduduk setempat untuk membuat pelbagai urusan dalam satu-satu masa.

Masjid Kariah Simpang Pertang

Telah dibina pada tahun 1983 diatas tapak seluas 2 1/2 ekar,tanah daripada kerajaan negeri.masjid ini telah dibaiki dan dinaiktaraf pada 2006,2008,2009 dah sehingga kini.Terletak di Pekan Simpang Pertang, berdekatan dengan pejabat pos, dewan budaya Simpang Pertang dan pusat Kraftangan Simpang Pertang.

Pejabat Pos Simpang Pertang

l

Pejabat Pos yang disediakan lebih memudahkan lagi penduduk Simpang Pertang bagi menguruskan hal hal pembayaran bil air, pengeluaran duit, menghantar surat dan banyak lagi perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Pos.

Balai Bomba

542230 186138841566944 1984187384 n

Balai bomba juga turut terdapat di Simpang Pertang. Balai Bomba ini mula beroperasi pada tahun 2010 dan terletak berdekatan dengan Balai Polis Simpang Pertang.

Perpustakaan Desa Simpang Pertang

IMG 1025-003e4cc011

Perpustakaan Desa Simpang Pertang Daerah Jelebu adalah satu daripada cawangan daripada pentadbiran perpusatakaan awam daerah Jelebu. Ianya terletak 32 km dari Pusat Bandar Kuala Klawang. Pada asalnya ianya adalah sebuah rumah tinggal bekas kediaman penghulu bagi mukim tersebut dan kemudiannya telah diambil alih oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Ia kemudiannya di perbaiki dan diubahsuai untuk dijadikan sebuah perpustakaan desa bagi kawasan Simpang Pertang. Dengan adanya perpustakaan desa di kawasan tersebut, akan mendedahkan masyarakat setempat ke arah budaya membaca dan ia telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 1995.

Dewan Budaya Jelebu

sshot-21

Selain itu, Dewan Budaya Jelebu turut disediakan untuk penduduk setempat bagi mengadakan majlis-majlis rasmi seperti menyambut tetamu kehormat, majlis rumah terbuka dan lain-lain. Bangunan yang bercirikan reka bentuk Minangkabau yang unik dan menarik.

  Pusat Inkubator  Kraf Buluh Simpang Pertang

DSC 0755

Beroperasi pada Mei 2009 sebagai pusat latihan pembuatan perabot buluh. Kini, Pusat Inkubator Kraf Buluh Simpang Pertang berjaya menghasilkan usahawan kraf perabot buluh yang berdaya saing. Dirasmikan oleh Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 14 Okt 2010.

 

Taman Rekreasi Simpang Pertang

tamansimpangpertang.png

 

Pekan Simpang Pertang, turut disediakan taman untuk kegunaan awam. Kebanyakan penghuni pekan ini, beriadah setiap petang di taman tersebut. Taman ini bersebelahan dengan Balai Bomba Simpang Pertang.