mcmc
Pendidikan

Pendidikan

tabika kemas

Pusat Tuisyen Yayasan N.Sembilan

AlamatNo 31, Taman Sri Desa, 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan

Telefon06-492 0304

 

Tabika Kemas Simpang Pertang

 

Pejabat KEMAS Jelebu, Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Pertang 72300 Simpang Pertang Negeri Sembilan Tabika adalah program kerajaan di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Ia seperti tadika biasa tetapi menerima subsidi kerajaan, dengan konsep ‘Belajar Melalui Bermain’. Mereka juga ada pelbagai jenis aktiviti kokurikulum, seperti kelas Fardhu Ain/Iqra’, Bahasa Inggeris dan kunjungan pendidikan.

 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pertang 

383504 294234750649046 815345103 n

Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang atau nama ringkasnya SMK Pertang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 1, Jalan Gelang.Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pertang memiliki 210 pelajar lelaki dan 155 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 365 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.

 

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Simpang Pertang

Pada awalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Kiao Min yang membawa maksud sekolah untuk rakyat jelata. Pada tahun 1953, sekolah ini ditukar namanya kepada Sekolah Kampung Baru Simpang Pertang. Sekolah ini diketuai oleh seorang Guru Besar dan 14 orang tenaga pengajar. Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Simpang Pertang memiliki 74 pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 138 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.