TARIKH: 18 APRIL 2026
MASA: 9.30 PAGI – 10.30 PAGI
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan asas teknologi dan robotik kepada kanak-kanak serta pelajar peringkat awal dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), di samping membina kemahiran berfikir secara kritis, kreatif serta meningkatkan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah. Melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on, peserta dapat memahami bagaimana teknologi digunakan dalam kehidupan seharian dan seterusnya memupuk minat terhadap bidang inovasi sejak usia muda.
Aktiviti:
Aktiviti menarik telah dijalankan seperti sesi pengenalan kepada komponen robotik, pemasangan kit robot, serta latihan pengaturcaraan asas yang mudah difahami mengikut peringkat umur peserta.