TARIKH: 25 APRIL 2026
MASA: 10.00 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang asas pemasaran produk dan perkhidmatan, serta membina kemahiran keusahawanan sejak usia muda dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi penerangan tentang strategi pemasaran yang berkesan, demonstrasi teknik promosi dan penjenamaan, latihan interaktif merancang kempen pemasaran ringkas untuk produk mereka, serta sesi soal jawab dan perkongsian idea untuk menggalakkan kreativiti dan keyakinan dalam memasarkan produk secara praktikal.