mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT : LINDUNGI DATA PERIBADI ANDA

TARIKH: 25 APRIL 2026
MASA: 10.30 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG

Tujuan:
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi ketika menggunakan internet dan media sosial. Kempen ini memberi pendedahan tentang risiko penyalahgunaan data, penipuan dalam talian, kecurian identiti serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan bagi melindungi privasi pengguna semasa melayari internet.

Aktiviti:
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi ceramah dan penerangan berkaitan keselamatan siber, perkongsian tips mencipta kata laluan yang selamat, cara mengenal pasti scam dan pautan berbahaya, kuiz interaktif berkaitan internet selamat serta demonstrasi penggunaan tetapan privasi di aplikasi media sosial. Peserta juga diberi peluang untuk bertanya soalan dan mendapatkan panduan secara terus berkaitan perlindungan data peribadi ketika menggunakan platform digital.

Gambar disini