CYBERSECURITY : BAGAIMANA HAK BANTUAN ANDA BOLEH DICURI
TARIKH: 11 JUN 2026
MASA: 3.00 PETANG – 4.00 PETANG
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai risiko penipuan siber yang boleh menyebabkan kehilangan bantuan kewangan, maklumat peribadi dan akses kepada akaun rasmi. Program ini memberi pendedahan tentang kaedah penipuan yang sering digunakan oleh scammer serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan untuk melindungi diri.
Aktiviti:
Peserta mengikuti sesi penerangan dan perkongsian mengenai taktik penipuan dalam talian yang menyasarkan penerima bantuan kerajaan, termasuk melalui pautan palsu, panggilan telefon dan mesej penipuan. Program turut merangkumi demonstrasi situasi scam, perkongsian tips keselamatan digital serta sesi soal jawab bagi membantu peserta mengenal pasti dan mengelakkan ancaman siber.