Tajuk : KELAS KLIK DENGAN BIJAK, APLIKASI DASHBOARD, SEBENARNYA.MY DAN E-USAHAWAN
Tarikh : 17 SEPTEMBER 2017
Masa : 9.30a.m – 5.30p.m
Lokasi : PI1M Simpang Pertang
Tujuan :
Program ini dijalankan bertujuan untuk menambah lagi pengetahuan peserta mengenai kefahaman bagaimana ingin menggunakan komputer dan internet secara bijak dan efektif. Kami juga memberikan penjelasan bagaimana langkah-langkah keselamatan yang perlu dijaga ketika melayari internet seperti menggunakan facebook dan email. Tambahan lagi, kelas ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai perniagaan atas talian.
Aktiviti :
Peserta dapat mengetahui asas penggunaan internet secara bijak dan efektif. Selain itu juga, aktiviti yang dijalankan dapat membantu peserta mengetahui berniaga secara atas talian. Peserta juga akan lebih jelas mengenai penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti. Mengakses laman web dashboard komuniti dan melawat laman web yang menjual secara atas talian seperti mudah.my.