Latar belakang :
Kareenasri merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 yang perlu menduduki peperiksaan penting iaitu PT3. Beliau aktif berkunjung ke Pusat Internet Simpang Pertang untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan di dalam talian. Selain daripada itu, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa dalam Persatuan Bahasa Tamil dan Kadet Polis di SMK Pertang. Selain daripada itu beliau juga sebagai bendahari kelas dan juga bendahari bagi Kelab Permainan Bola Tampar SMK Pertang. Kemahiran menggunakan komputer yang dipelajarinya dapat memudahkan beliau untuk menyediakan keperluan persatuan dengan menggunakan komputer. Beliau juga lebih mahir dalam mencari maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran melalui dalam talian. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M Sebelum ini beliau agak sukar untuk mengendalikan dan menggunakan komputer dan internet. Beliau hanya bergantung pada abang dan kawan-kawan jika hendak menggunakan komputer dan melayari internet kerana beliau tidak begitu mahir mengendalikan komputer dan menggunakan aplikasi online. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Melalui kelas latihan asas komputer dan internet yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini lebih mahir dalam melayari internet dan juga mahir dalam mengendalikan komputer dengan sendiri.
Apa yang dipelajari melalui PI:
- Mempelajari cara menggunakan Microsoft Words dan Microsoft Power Point untuk kegunaan beliau pada masa akan datang.
- Mempelajari cara mencari bahan rujukan pelajaran di dalam internet dengan lebih mudah.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Memberi nota pembelajaran semasa kelas dan memberi soalan bedasarkan apa yang telah di pelajari bagi menambahkan lagi tahap kefahaman mereka.