Latar belakang :
Puan Aziah merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Aktiviti menjahit adalah aktiviti kegemaran beliau. Beliau telah memulakan perkhidmatan menjahit ini sejak tahun 2011. Ini bermakna hampir 6 tahun beliau menceburi bidang jahitan ini. Pada peringkat awal, beliau hanya pandai menjahit baju kurung biasa dan baju melayu. Tahun demi tahun beliau menambahkan ilmu jahitan beliau dengan pergi ke kelas jahitan dan beliau juga belajar teknik jahitan baru melalui media sosial seperti Facebook dan Blog. Melalui rangkaian tersebut beliau kini mahir dalam menjahit pelbagai jenis fesyen baju sebagai contoh baju kebaya, jubah moden, kurta dan sebgainya. Tambahan lagi, semakin hari semakin banyak tempahan yang diterima dan semakin bertambah ilmu jahitan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500-RM800 sahaja setiap bulan. Pada ketika itu pelanggannya terdiri daripada penduduk di kawasan terdekat dengan tempat tinggal beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan jahitan beliau. Beliau berjaya menarik minat ramai pelanggan dengan perkhidmatan jahitan yang lebih kemas dan teliti yang mengikut cita rasa para pelanggan. Kini, pendapatan kasar beliau mencecah sehingga RM 1500 sebulan