Nama | : Rohani Binti Awang |
Umur | : 35 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang :
Pn Rohani seorang guru tadika di Simpang Pertang. Beliau melinbatkan diri dalam perniagaan sejak 2 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2016. Beliau mengambil tempahan pelbagai jenis kek untuk pelbagai jenis majlis. Semakin hari semakin banyak tempahan yang di terima sehingga terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan tempahan. Pn Rohani sangat bersyukur kerana perniagaan yang di jalankan semakin maju dan dapat menambahkan lagi pendapatan keluarga beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:
Pendapatan bulanan perniagaan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini telah memiliki instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Pelanggan beliau semakin meluas yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui instagram tersebut yang sebelum ini hanya tertumpu di kawasan sekitar perumahan beliau. Kini, beliau telah memasarkan produk tersebut secara atas talian sehingga mendapat permintaan dari luar kawasan Jempol, Sembilan yang merupakan tempat asal beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 – RM1000.