mcmc
Kisah Kejayaan

Sarvin A/L Kannadassasan – Kisah Kejayaan Celik It

Nama : Sarvin A/L Kannadassasan
Umur : 12 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang :

Sarvin A/L Kannadassasan merupakan seorang pelajar sekolah menengah di SJKT Ladang Pertang. Beliau akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini iaitu UPSR. Di peringkat ini beliau menggunakan banyak kaedah pembelajaran sebagai contoh, belajar menggunakan internet untuk mencari maklumat di laman sesawang. Beliau memerlukan lebih banyak bahan rujukan dan latihan subjek berkenaan peperiksaan yang bakal di duduki. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet Simpang Pertang untuk mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan. Kemahiran menggunakan komputer yang dipelajarinya dapat memudahkan lagi beliau untuk melaksanakan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru beliau dengan lebih mudah. Setelah itu, beliau sendiri dapat menambahkan kemahiran seperti menaip dan menguasai Microsoft Office dan Microsoft Power Point. Di samping itu, beliau memegang jawatan Bendahari dalam Persatuan Bulan Sabit Merah dan memerlukan beliau membuat jadual pembayaran yuran persatuan menggunakan Microsoft Office. Melalui medium Pusat Internet, beliau menjadi lebih mahir dalam penggunaan internet dengan lebih efektif dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan Microsoft Office.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Sebelum ini beliau agak sukar untuk mengendalikan dan menggunakan komputer dan internet. Semuanya dilakukan dengan meminta bantuan daripada rakan-rakan kerana beliau tidak begitu mahir mengendalikan komputer dan menggunakan aplikasi online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:

 Melalui kelas latihan asas komputer dan internet yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini dapat mencari maklumat mata pelajaran beliau dengan sendiri. Beliau juga telah mahir menggunakan komputer serta mahir menaip.