Projek DTT menawarkan siaran digital TV dengan kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik,
lebih banyak saluran percuma, akses kepada Panduan Program Elektronik (EPG – Electronic
Program Guide), sarikata pelbagai bahasa dan memberikan pengalaman menonton TV berkualiti
HD. Pada masa akan datang, penonton juga mempunyai akses perkhidmatan televisyen interaktif
seperti membeli, menonton video atas permintaan, perkhidmatan langganan dan internet terpilih.