mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 (Hasnah binti Mohd Diah – Kisah Kejayaan Celik It)

Nama Hasnah binti Mohd Diah
Umur : 52 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang :

Pn Hasnah merupakan penduduk kampung Kg Jerang, Jelebu Negeri Sembilan, Beliau banyak terlibat dengan persatuan wanita Kg. Jerang dan menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Wanita. Sebagai salah seorang yang aktif,dan mendapat sokongan daripada penduduk kampung, beliau telah dilantik menjadi Setiuasaha Kg. Jerang. Oleh itu, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk membuat surat dan membuat minit mesyuarat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Sebelum ini beliau agak sukar untuk mengendalikan dan menggunakan komputer dan internet. Semuanya dilakukan dengan meminta bantuan daripada anak-anaknya di rumah. Keadaan ini menyukarkan beliau kerana anaknya tinggal di asrama sekolah dan tiada siapa dapat membantu menguruskan urusan berkaitan dengan persatuan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Melalui kelas latihan asas komputer dan internet yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri. Beliau juga telah mahir menggunakan komputer serta mahir menaip.  Di dalam facebook, beliau banyak berkongsi idea, resepi, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.