Nama | : Fatimah Suriati binti Sulaiman |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Fatimah merupakan seorang surirumah dan mempunyai tiga orang dan suaminya pekerja sebagai pemandu lori dan seringkali tiada di rumah disebabkan jadula kerja yang perlu berjalan jauh Oleh itu, disebabkan rutin harian di rumah yang sama pada setiap hari, Puan Fatimah mula mencari hobi baru dengan berniaga secara online selain untuk membantu pendapatan suami.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Puan Fatimah hanya mempromosikan jualan dan perkhidmatan insurans melalui facebook personal sahaja. Selain daripada whatsapp status. Oleh sebab itu, beliau datang ke Pusat Internet Komuniti Simpang Pertang bagi mempelajari promosi perniagaan melalui platform lain seperti shopee dan lazada bagi meluaskan dan mempelbagaikan promosi jualan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini mula berasa yakin untuk mempromosikan produk jualan beliau selain dari facebook dan whatsapp status. Beliau telah mula mencipta account FB Page dan juga mempunyai account shopee untuk mempromosikan jualan. Beliau juga telah belajar cara-cara ‘editing’ gambar bagi mempromosikan produk jualan beliau.