mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2021 (Ally Afiqah binti Robert – Kisah Kejayaan Celik It)

Nama : Ally Afiqah binti Robert
Umur : 15 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Ally merupakan seorang pelajar tingkatan tiga dan merupakan anak keempat dari enam adik beradik. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Ally sebelum ini tidak mahir menggunakan computer untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah kerana beliau tidak mempunyai komputer atau laptop di rumah.

Malah dia jugak mengalamai kesukaran untuk mengikuti kelas online apabila pdpr di jalankan di rumah semasa PKP dan PKPB.

Oleh itu, beliau nekad pergi ke Pusat Internet untuk mmepelajari cara-cara menggunakan computer bagi memudahkan urusan pembelajaran semasa perlu mengikuti kelas online di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Di Pusat Internet Komuniti Simpang Pertang beliau belajar cara-cara untuk menggunakan computer, asas Microsoft Office dan banyak lagi.

Selepas mendapat tunjuk ajar tentang bagaimana mahu menggunakan Google Classroom. Ally akan datang ke Pusat Internet apabila kelasnya diadakan secara atas talian.

Selain itu juga, beliau juga mendapat tunjuk ajar dari petugas pusat internet bagaimana mahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya yang memerlukan penggunaan computer dan internet.