mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2021 ( Mariahwati Ahmad – Kisah Kejayaan Usahawan)

Nama Mariahwati Ahmad  
Umur : 35 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Maria bekerja sebagai jurujual kereta di Proton Bahau, Negeri Sembilan. Beliau juga seorang ibu kepada 2 cahaya mata dan telah menjadi ahli Pusat Internet Komuniti Simpang Pertang sejak setahun lalu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Puan Maria hanya mempromosikan pekerjaannya sebagai jurujual kereta di Facebook personal sahaja. Namun disebabkan pandemic covid-19 yang melanda, beliau terpaksa mencari pendapatan tambahan dengan menjadi agent produk Mamasab.Oleh sebab itu, beliau datang ke Pusat Internet Komuniti Simpang Pertang bagi mempelajari promosi perniagaan melalui platform lain seperti membuat FB page dan belajar membuat video produk menggunakan akaun tiktok

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini mula berasa yakin untuk mempromosikan produk jualan beliau selain dari facebook dan whatsapp status. Beliau telah mula mencipta account FB Page dan juga mempunyai account tiktok untuk mempromosi jualan selari dengan trend terkini