mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2021(Norazahlawti binti Aminudin – Kisah Kejayaan Celik It)

Nama Norazahlawti binti Aminudin
Umur : 32 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Norazah merupakan seorang jururawat yang berkhidmat di Hospital Kuala Klawang. Beliau merupakan seorang isteri dan mempunyai 3 orang anak. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Puan Norazah sebelum ini sering menggunakan perkhidmatan fotokopi dan cetakan di PEDi Simpang Pertang.

Beliau dan suami juga mempunyai perniagaan sampingan, oleh itu beliau sering meminta tunjuk ajar petugas Pusat Internet Komuniti Simpang Pertang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Di PEDi Simpang Pertang beliau telah belajar tentang asas Microsoft Office seperti Excel dan Word. Sekarang beliau sudah mahir menggunakan computer untuk membuat invois dan sebutharga yang diminta pembekal dengan sendiri tanpa tunjuk ajar petugas.  

Selain itu, beliau juga turut diajar bagaiman cara menggunakan e-mel dan whatsapp web. Jadi beliau mudah untuk menghantar sebut harga atau apa-apa dokumen yang diperlukan menggunakan cara tersebut.