Nama | : Muhammad Ariff bin Md Salih |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Encik Ariff merupakan seorang Penyelia Ladang di sebuah tanah rancangan Felcra. Kerja beliau selain dari menyelia kawasan lading, beliau juga perlu menggunakan computer dan micrososft office bagi menyiapkan kerja dan laporan yang diperlukan oleh syarikat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Ariff sebelum ini sering menggunakan perkhidmatan fotokopi dan cetakan di PEDi Simpang Pertang. Disebabkan oleh kerja beliau yang memerlukan pemggunaan computer dan internet dan memandangkan beliau tidak mahir menggunakan computer beliau sering datang ke PEDi SImpang Pertang untuk belajar berkaitan asas penggunaan Microsoft Office terutamanya Microsoft Excel.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Di PEDi Simpang Pertang beliau telah belajar tentang asas Microsoft Office seperti Excel dan Word. Sekarang beliau sudah mahir menggunakan computer untuk menghantar laporan dan kerja yang diperlukan syarikat.
Selain itu, beliau juga turut diajar bagaiman cara menggunakan e-mel dan whatsapp web. Jadi beliau mudah untuk menghantar apa-apa dokumen yang diperlukan menggunakan cara tersebut.
Pages: 1 2