Nama | : Aina Zahirah binti Taib |
Umur | : 19 tahun |
Ahli | : 2022 |
Latar belakang
Aina Zahirah Binti Taib atau lebih mesra dengan panggilan Aina merupakan seorang pelajar Asasi Sains Universiti Teknologi MARA (UITM) yang merupakan warga Kampung Felda Pasoh 3. Beliau merupakan antara ahli PEDi Simpang Pertang yang aktif dalam mengikuti pelbagai program serta latihan ICT yang dijalankan oleh PEDi Simpang Pertang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas anjuran PEDi, Aina mempunyai kemahiran asas tentang ICT yang terhad kepada apa yang dipelajari di sekolah. Dengan kemudahan prasarana terkini seperti komputer dan internet berkelajuan tinggi yang disediakan, Aina telah mengikuti pelbagai kelas ICT yang ditawarkan oleh pihak pengurusan PEDi Simpang Pertang seperti kelas Microsoft Office dan kelas multimedia seperti image editing, penghasilan video menggunakan aplikasi Tiktok. Aina juga turut mengunakan kemudahkan di Pusat Internet seperti Printing, Photostat dan Scanning.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Di PEDi Simpang Pertang beliau telah belajar tentang asas Microsoft Office seperti Excel dan Word. Sekarang beliau sudah mahir menggunakan computer untuk menghantar tugasan dan mahir menggunakan Zoom meeting untuk meghadiri kelas secara talian hasil tunjuk ajar daripada petugas PEDi Simpang Pertang.
Selain itu, beliau juga turut diajar bagaiman cara menggunakan e-mel dan whatsapp web. Jadi beliau mudah untuk menghantar apa-apa dokumen yang diperlukan menggunakan cara tersebut.
Pages: 1 2