mcmc
Laporan Aktiviti

BAZAR RAYA NADI SIMPANG PERTANG 2026

TARIKH: 14 MAC 2026
MASA: 8.00 Pagi – 3.00 Petang
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG

Tujuan:

Tujuan penganjuran Bazar Raya NADI Simpang Pertang 2026 adalah untuk menyediakan platform kepada usahawan dan komuniti setempat menjana pendapatan melalui jualan produk, di samping menggalakkan aktiviti ekonomi digital, mempromosikan penggunaan kemudahan NADI, serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat melalui suasana sambutan Hari Raya yang meriah dan inklusif. Selain itu, Taklimat Kempen Internet Selamat turut diadakan.

Aktiviti:

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Taklimat Kempen Internet Selamat kepada pengunjung mengenai kepentingan keselamatan digital dan penggunaan internet secara berhemah, sesi interaktif keselamatan Internet bersama pengunjung, edaran brochure Kempen Internet Selamat kepada pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang amalan penggunaan internet yang selamat, dan tidak ketinggalan jualan produk oleh usahawan setempat.

Gambar disini