Apa yang anda lihat di media sosial tidak mewakili seluruh kehidupan seseorang. Bahan yang dikongsi di media sosial hanya menampilkan sisi terbaik dan momen yang menunjukkan gambar yang sempurna dengan raut wajah bahagia.
Disebalik perkongsian tersebut, mungkin tersembunyi cabaran dan kesukaran yang tidak pernah terungkap. Keperitan, kepayahan dan situasi burn out yang tidak dapat dibayangkan.
Ingatlah, kehidupan sebenar penuh dengan naik dan turun, dan setiap orang menghadapi perjuangan mereka sendiri.