mcmc
Laporan Aktiviti

CYBERSECURITY : CARA KENAL PASTI FILE BERBENTUK VIRUS

TARIKH: 19 & 20 FEBRUARI 2026
MASA: 3.00 Petang – 4.30 Petang
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG

Tujuan:

Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran peserta dalam mengenal pasti fail atau pautan yang berpotensi mengandungi virus, malware atau ancaman siber sebelum ia dibuka atau dimuat turun. Program ini memberi pendedahan tentang ciri-ciri fail mencurigakan, taktik penipuan seperti e-mel phishing, serta langkah pencegahan asas bagi melindungi komputer, telefon dan data peribadi. Melalui program ini, peserta dapat menggunakan teknologi dengan lebih selamat, bertanggungjawab dan yakin tanpa mudah terdedah kepada risiko keselamatan siber.

Aktiviti:

Antara aktiviti yang ialah sesi penerangan tentang jenis-jenis ancaman siber seperti virus, malware dan phishing, demonstrasi mengenal pasti fail atau e-mel mencurigakan berdasarkan nama fail, sambungan (extension) dan pautan palsu, serta latihan praktikal membezakan contoh fail selamat dan berisiko. Peserta juga didedahkan dengan cara menggunakan perisian antivirus, membuat semakan keselamatan sebelum memuat turun fail, dan langkah asas melindungi data peribadi supaya lebih peka serta berhati-hati ketika menggunakan peranti dan internet.

Gambar disini