TARIKH: 26 OKTOBER 2025
MASA: 4.30 PETANG – 5.00 PETANG
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program E-Sport: Anti Doping dan Bahan Terlarang diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemain dan peminat e-sukan tentang bahaya penggunaan bahan terlarang serta kepentingan mengekalkan integriti dan permainan yang sihat. Program ini juga menekankan nilai-nilai fair play, disiplin, dan tanggungjawab diri dalam memastikan setiap peserta bersaing secara jujur tanpa bergantung kepada bahan yang boleh menjejaskan prestasi, kesihatan, dan reputasi dunia e-sukan.
Aktiviti:
Peserta diberi pendedahan secara atas talian oleh penceramah berpengalaman.