TARIKH: 16 JANUARI 2026
MASA: 3.00 Petang – 4.30 Petang
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain tentang kepentingan etika, disiplin dan sikap profesional dalam dunia esukan, di samping membentuk tingkah laku positif seperti semangat kesukanan, kawalan emosi, komunikasi berhemah serta penggunaan teknologi dan media sosial secara bertanggungjawab agar pemain bukan sahaja cemerlang dalam permainan, malah berakhlak baik dan dihormati dalam komuniti esukan.
Aktiviti:
Aktiviti yang dilakukan merangkumi sesi ceramah dan perkongsian oleh penceramah berkaitan etika dalam permainan esukan, perbincangan tentang sikap positif dan profesional yang perlu diamalkan oleh pemain seperti disiplin, kawalan emosi dan semangat kesukanan, pendedahan mengenai kesan tingkah laku negatif dalam komuniti permainan, perkongsian contoh situasi sebenar dalam dunia esukan, serta sesi soal jawab bagi membolehkan peserta bertanya dan memahami dengan lebih jelas peranan etika dan sikap dalam membentuk pemain esukan yang berdaya saing dan berintegriti.