TARIKH: 30 JANUARI 2026
MASA: 3.00 Petang – 4.00 Petang
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat, khususnya golongan belia dan pelajar, bahawa e-sukan merupakan satu industri profesional yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya, bukan sekadar aktiviti hiburan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang potensi kerjaya dalam bidang e-sukan, membimbing minat terhadap permainan digital ke arah yang positif dan beretika, serta membangunkan kemahiran digital, disiplin dan kerja berpasukan selaras dengan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
Aktiviti:
Aktiviti yang dilakukan dalam webinar ini merangkumi sesi perkongsian oleh penceramah industri e-sukan, penerangan mengenai peluang dan laluan kerjaya dalam bidang e-sukan, perbincangan interaktif bersama peserta, sesi soal jawab, serta perkongsian tips berkaitan pembangunan kemahiran, etika profesional dan penggunaan internet secara selamat dalam industri e-sukan.