mcmc
Laporan Aktiviti

ESPORT : TEKANAN, DISIPLIN DAN PERSEPSI MASYARAKAT

TARIKH: 24 JANUARI 2026
MASA: 3.00 Petang – 4.00 Petang
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG

Tujuan:

Program ini diadakan untuk memberi kefahaman bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, sebaliknya satu bidang kompetitif yang menuntut ketahanan mental, pengurusan tekanan dan disiplin yang tinggi, di samping usaha mengubah persepsi masyarakat agar melihat e-sukan sebagai platform profesional yang berpotensi membina kerjaya, kemahiran insaniah serta keseimbangan antara prestasi, kesihatan dan kehidupan sosial.

Aktiviti:

Antara aktiviti yang dilakukan dalam program ESPORT: Tekanan, Disiplin dan Persepsi Masyarakat ialah sesi perkongsian dan ceramah berkaitan pengurusan tekanan mental atlet e-sukan, bengkel pembentukan disiplin seperti pengurusan masa dan kawalan emosi, perbincangan terbuka atau forum bagi membincangkan persepsi masyarakat terhadap e-sukan, simulasi atau pertandingan e-sukan secara sihat dan beretika, serta sesi refleksi untuk meningkatkan kesedaran tentang keseimbangan antara e-sukan, kesihatan fizikal, mental dan tanggungjawab harian.

Gambar disini