mcmc
Maklumat Am

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

hari tanpa tembakau sedunia

31 Mei setiap tahun adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan ancaman tembakau kepada alam sekitar dan generasi masa hadapan. Hentikan penjajahan produk merokok kepada Generasi Penamat ( Generational End Game) , iaitu mereka yang lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya .

Rokok merupakan sejenis produk dagangan yang paling bahaya di dunia kerana ia membunuh separuh daripada penggunanya. Di Malaysia, hampir separuh daripada lelaki kita adalah perokok dan mereka terdedah kepada risiko penyakit-penyakit ini. Malangnya penyakit dan kematian yang berlaku bukan sahaja melibatkan perokok, tetapi juga golongan bukan perokok (perokok pasif) yang sering terdedah kepada asap rokok basi. Dianggarkan sebanyak 75% kes kematian di dunia akibat pendedahan kepada asap rokok basi (second-hand smoke) adalah membabitkan golongan kanak-kanak dan wanita.
 
Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia