Hooton Retreat merupakan salah satu tarikan pelancongan di Simpang Pertang yang menawarkan suasana penginapan berkonsepkan alam semula jadi dan ketenangan. Lokasi ini sesuai untuk percutian keluarga, program riadah, perjumpaan berkumpulan serta aktiviti santai yang mendekatkan pengunjung dengan persekitaran hijau dan suasana kampung. Kehadiran Hooton Retreat turut menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan tempatan serta membantu merancakkan ekonomi komuniti di Simpang Pertang. Terletak berdekatan 7.9KM sahaja dari NADI Simpang Pertang.

