Jom Sertai Program AI@NADI Peringkat NADI Negeri Sembilan!
Warga Negeri Sembilan dijemput hadir ke NADI berdekatan anda untuk mengikuti Program AI@NADI dan menerokai asas penggunaan teknologi AI dalam kehidupan harian, pembelajaran, pekerjaan serta perniagaan.
Tarikh: Sabtu, 13 Jun 2026
Masa: Bermula 9.30 pagi
Lokasi: NADI Simpang Pertang @ NADI seluruh Negeri Sembilan
Majlis Perasmian Program AI@NADI Peringkat Negeri Sembilan akan disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi pada jam 11.00 pagi di NADI Ampangan dan akan disiarkan secara langsung ke NADI seluruh Negeri Sembilan.
