Tarikh |
: 03.05.2019 |
Masa |
: 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Simpang Pertang |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan :
Program ini dijalankan bertujuan untuk menambah lagi pengetahuan peserta mengenai kefahaman bagaimana ingin menggunakan komputer dan internet secara bijak dan efektif. Kami juga memberikan penjelasan bagaimana langkah-langkah keselamatan yang perlu dijaga ketika melayari internet seperti menggunakan facebook, email dan sebagainya. Menambahkan kemahiran untuk peserta menghasilkan video kreatif
Aktiviti :
Peserta dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana ingin menggunakan komputer dengan lebih baik dan memudahkan mereka bagi mencari maklumat dengan menggunakan internet. Menggalakkan komuniti setempat berkongsi petua, pendapat, ilmu dan lain-lain lagi yang disampaikan melalui media sosial seperti ‘youtube’ dan ‘facebook’.