TARIKH: 7 DISEMBER 2025
MASA: 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Kempen Internet Selamat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga emas tentang penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab. Ia membantu warga emas mengenali risiko dalam talian seperti penipuan (scam), berita palsu dan penyalahgunaan data peribadi, di samping membimbing mereka menggunakan aplikasi digital seperti WhatsApp, perbankan atas talian dan media sosial dengan lebih yakin. Kempen ini juga bertujuan menggalakkan warga emas memanfaatkan teknologi digital untuk berhubung dengan keluarga, mendapatkan maklumat dan mengakses perkhidmatan kerajaan tanpa menjejaskan keselamatan diri.
Aktiviti:
Peserta di berikan penerangan pelbagai bentuk dan ancaman scam dan diberikan peringatan mesra supaya berhati-hati.