mcmc
Maklumat Am

KENCING MANIS

KENCING MANIS

Penyakit kencing manis tahap 2 adalah jenis penyakit diabetes metabolik yang berpunca daripada tahap gula darah yang tinggi, atau juga disebut sebagai hiperglisemia.

 

Gula darah tinggi berpunca daripada beberapa perkara iaitu tubuh badan tidak mampu menghasilkan insulin yang cukup dan berkemungkinan badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan. Ini disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance).

 

Antara salah satu ciri penyakit kencing manis ialah tubuh badan tidak berkemampuan untuk menggunakan glukosa dalam darah. Apabila ini berlaku, glukosa akan kekal dalam aliran darah dan seterusnya menyebabkan hiperglisemia. Jika dibiarkan berpanjangan, ia boleh merosakkan organ-organ dalam tubuh badan.

 

Salah satu jenis penyakit diabetes yang terkenal ialah kencing manis tahap 2, juga dikenali sebagai penyakit kencing manis orang dewasa. Ini kerana ia lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang berumur 40 tahun. Namun kini, diabetes jenis ini juga sudah tidak asing lagi dalam kalangan remaja dan kanak-kanak disebabkan pelbagai faktor seperti pemakanan yang tidak terjaga dan terkawal.