Terletak bersebelahan dengan perpustakaan desa, Klinik Desa Simpang Pertang merupakan antara salah sebuah klinik desa yang terdapat dalam Negeri Sembilan. Terdapat dua orang Jururawat Masyarakat (JM) yang ditugaskan di klinik ini. Salah seorang daripadanya ialah Semiah Ibrahim yang sebelum ini beliau berkhidmat di Klinik Desa Pasoh 4, terletak tidak jauh dari Pekan Simpang Pertang.
Klinik Desa Simpang Pertang dibuka seawal jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Antara perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di klinik ini ialah perkhidmatan ibu-ibu mengandung dan juga kanak-kanak. Warga tua dan kanak-kanak menjadi keutamaan Klinik Desa Simpang Pertang sejajar dengan piagam pelanggan klinik kanak-kanak iaitu setiap pelanggan diberi perkhidmatan secepat mungkin. Kadar bayaran yang dikenakan bagi pesakit luar yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik desa ini ialah sebanyak RM1.00 manakala ubat diberi secara percuma.
Pages: 1 2