mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

21463256 513770385642377 1411106010006596181 n

Perusahaan Madu Lebah Kelulut

 

                                        
.
Pernah tak anda melihat bagaimana cara penternakan lebah kelulut untuk menghasilkan madu ? Jika tidak pernah, perusahaan Puan Aminah yang Menarik Di Jelebu ini akan kami kongsikan untuk anda lawati dan merasa sendiri bagaimana rasa madu kelulut yang diambil segar dari kepompong simpanan rumah madu lebah kelulut.  Terdapat pelbagai spesis lebah kelulut yang diternak oleh Puan Aminah seperti Thorasica,Itama dan Kristal. Lebah kelulut ini juga ada yang jenis berbisa dan tidak berbisa serta fizikalnya yang seolah-olah sama seperti seekor lalat. Selain itu, setiap rumah lebah madu kelulut akan tersimpannya seekor permaisuri atau ratu lebah yang akan menjadi ketua bagi lebah-lebah yang lain. 

 

Yang menariknya adalah apabila atap rumah lebah dibuka kerana akan terlihat begitu banyak gumpalan bulat yang menyimpan hasil madu dengan suasana lebah yang sedang sibuk bekerja di dalam rumahnya. Setiap bulan juga Puan Aminah akan mengambil hasil madu pada setiap rumah lebah kelulut untuk dijual dengan harga RM60 sebotol. 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut :-
No telefon:0176136425 
Alamat :No.130 Felda Titi, Jelebu Negeri Sembilan