TARIKH: 5 MAC 2026
MASA: 10.00 Pagi – 11.30 Pagi
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan perancangan perniagaan yang sistematik dan berkesan, termasuk aspek penetapan matlamat, strategi pemasaran, pengurusan kewangan serta operasi, supaya usahawan dapat merancang, mengurus dan mengembangkan perniagaan dengan lebih teratur, berdaya saing dan mampan.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi penerangan oleh penceramah mengenai asas perancangan perniagaan, perkongsian contoh pelan perniagaan yang sebenar, latihan ringkas membina pelan perniagaan sendiri, perbincangan kumpulan untuk berkongsi idea perniagaan, serta sesi soal jawab bagi membantu peserta memahami dengan lebih jelas dan praktikal.