mcmc
Laporan Aktiviti

KIDVENTURE : LIVE WEBINAR 10 (OPERASI PERNIAGAAN)

TARIKH: 11 APRIL 2026
MASA: 10.00 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG

Tujuan:

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dan remaja mengenai asas pengurusan dan operasi perniagaan secara interaktif, di samping memupuk minat keusahawanan sejak kecil. Program ini membantu peserta memahami aspek penting seperti pengurusan stok, kewangan asas, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan serta memperkenalkan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Melalui perkongsian dan sesi interaktif, peserta turut dapat membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan pemikiran kreatif sebagai persediaan menjadi usahawan berdaya saing pada masa hadapan.

Aktiviti:

Antara aktiviti yang dilakukan adalah ialah sesi perkongsian interaktif bersama usahawan jemputan mengenai pengalaman sebenar mengurus operasi perniagaan, penerangan asas tentang pengurusan stok, kewangan dan perkhidmatan pelanggan, serta demonstrasi penggunaan platform digital untuk promosi dan jualan. Selain itu, peserta turut terlibat dalam aktiviti kuiz spontan, perbincangan kumpulan secara maya, simulasi situasi perniagaan (contohnya mengurus pesanan pelanggan atau menyelesaikan masalah operasi), serta sesi soal jawab bagi meningkatkan kefahaman dan keyakinan diri dalam bidang keusahawanan.

Gambar disini