mcmc
Laporan Aktiviti

MAHIR FOTO : BASIC FOTOGRAFI LIGHTING, OUTDOOR NATURAL LIGHT (SIDE LIGHT, BACK LIGHT, SILHOUETTING, FRONT LIGHT ETC)

TARIKH: 23 FEBRUARI 2026
MASA: 10.00 PAGI– 11.30 PAGI
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang teknik pencahayaan semula jadi dalam fotografi luar supaya dapat menghasilkan gambar yang lebih menarik, jelas dan berkualiti. Program ini membantu peserta memahami fungsi dan kesan setiap jenis pencahayaan seperti cahaya sisi, belakang, hadapan dan siluet terhadap subjek dan suasana gambar. Melalui latihan praktikal, peserta dapat menguasai teknik asas ini dengan menggunakan kamera atau telefon pintar serta meningkatkan kemahiran kreatif dalam menghasilkan foto yang lebih profesional.

Aktiviti:

Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi penerangan asas mengenai jenis-jenis pencahayaan seperti side light, back light, front light dan silhouetting, diikuti demonstrasi cara mengawal sudut dan posisi subjek mengikut arah cahaya. Peserta turut menjalani latihan praktikal di luar bangunan dengan menggunakan kamera atau telefon pintar untuk mengambil gambar berdasarkan teknik yang dipelajari, serta sesi semakan dan maklum balas bagi menilai hasil foto dan memperbaiki komposisi serta pencahayaan agar gambar kelihatan lebih menarik dan profesional.

Gambar disini