mcmc
Maklumat NADI

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang

15590334 385426535143430 1534540192839987617 n

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. 

 

Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. NADI Simpang Pertang merupakan fasa yang dikenali dengan Fasa Clawback 12. 

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan NADI untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

 

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

 

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan
  • Pusat pendidikan berasaskan komputer dan teknologi maklumat
  • Perkhidmatan percetakaan
  • Program klik dengan bijak (KDB)
  • Intel Easy Step
  • Dashboard 
  • Pinjaman Notebook secara percuma
  • Kluster (https://www.facebook.com/menarikdijelebu/?ref=page_internal)

 

    intel easy steps photo  

 

 

HUBUNGI KAMI

 

 

 

  • Alamat                     Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Simpang Pertang,

                                 Dewan JKK KG. Baru Simpang Pertang,

                                 72300 Simpang Pertang,

                                 Negeri Sembilan

 

  • Petugas                Pengurus : Siti Zaleha Binti Mohd Yunus

                         Penolong Pengurus : Nur Faridah Binti Tubi