Nama | : Mimi Suhana binti Karim |
Umur | : 51 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang :
Pn Mimi sebelum ini telah melinbatkan diri dalam perniagaan membuka premis gerai makanan setelah itu, beliau menceburkan diri dalam pembuatan gula anau asli pada awal tahun 2016. Produk yang dihasilkan di hantar di kedai-kedai runcit berdekatan dengan kawasan tempat tinggal.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk yang dikeluarkan sekitar 100 turus gula anau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh semakin meluas yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut yang sebelum ini hanya tertumpu di kawasan sekitar perumahan beliau. Kini, beliau telah memasarkan produk tersebut secara atas talian sehingga mendapat permintaan dari negeri luar negeri Sembilan yang merupakan tempat asal beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.