TARIKH: 25 MEI 2025
MASA: 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
TEMPAT: NADI SIMPANG PERTANG
Tujuan:
Program ini diadakan untuk adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman komuniti tentang kepentingan melindungi data peribadi dalam dunia digital yang semakin berkembang. Program ini bertujuan untuk mendidik peserta mengenai amalan terbaik keselamatan siber, hak-hak pengguna berkaitan privasi data, serta cara-cara mengelakkan penipuan digital dan kebocoran maklumat peribadi.
Aktiviti:
Selain dari penerangan, peserta juga diberi contoh simulasi untuk mengenal pasti e-mel palsu, pautan berbahaya dan cara bertindak balas terhadap cubaan pencerobohan data.