HUTAN LIPUR SERTING ULU
Kawasan Kampung Simpang Pertang ini dilengkapi dengan kawasan pelancongan yang sering dikunjungi oleh penduduk setempat dan pengunjung luar. Hutan Lipur Serting Ulu merupakan sebuah kawasan air terjun yang terletak 3 kilometer dari Simpang Pertang. Kawasan ini penuh dengan kehijauan hutan yang memberi ketenangan kepada setiap pengunjung yang datang ke sini.
Hutan Lipur Serting Ulu terletak di Kompartmen 23 dan 24 Hutan Simpan Serting. Dengan ketinggian 180 meter atas paras laut, hutan ini diklasifikasikan sebagai Hutan Diterokrap Pamah. Sungai Serting yang mengalir di hutan lipur ini telah menarik perhatian pengunjung sebagai tempat rekreasi sejak dibangunkan pada tahun 1986.
Terdapat pelbagai flora dan fauna seperti beberapa jenis meranti, pokok-pokok renek dan pepanjat serta pelbagai jenis serangga menimbulkan suasana yang mendamaikan. Kemudahan asas termasuk tandas, tempat persalinan pakaian dan gerai-gerai makan yang kebanyakannya diusahakan oleh penduduk Kampung Simpang Pertang turut tersedia di sini. Keindahan air terjun di sini pasti akan membuatkan setiap pengunjung terpesona.