mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

PELANCONGAN

39210456

 

PUSAT INKUBATOR KRAF BULUH SIMPANG PERTANG

 

DSC 0753

 

Buluh atau nama botaninya Bambusa sp tergolong dalam keluarga rumput tinggi (Gramineae) seperti lalang, tebu, jagung dan sebagainya. Buluh atau bambu atau aur tumbuh subur di kawasan tropika berdaun lebat dan batangnya boleh memanjang sehingga mencecah 30 meter. Buluh yang tumbuh secara berumpun (simpodial) atau tunggal (monopodial) ini banyak terdapat di kawasan berhampiran tebing sungai, tanah rata hingga ke lereng-lereng bukit.

 

Buluh mempunyai pelbagai kegunaan amat rapat dengan tamadun dan peradaban masyarakat tempatan. Selain dijadikan sebagai salah satu bahan utama dalam seni bina rumah tradisional, buluh diraut dan dianyam menjadi kelengkapan ruang dapur. Kemahiran dan kreativiti masyarakat tradisi dalam membilang dan menyusun letak bilah-bilah buluh berjaya menghasilkan pelbagai produk kraf seperti bakul, dulang, nyiru, tudung saji yang dapat memenuhi keperluan harian. Selain daripada itu batang-batang buluh terpilih dilentur menjadi pelbagai perabot yang mempunyai nilai estetika tersendiri serta mampu menjana pendapatan kepada pengusaha kraf buluh.