mcmc
Maklumat Am

PERKAHWINAN DAN KESIHATAN

PERKAHWINAN

Perkahwinan secara umumnya memberi kesan yang positive kepada kesihatan. Hubungan perkahwinan yang “sihat” sangat penting untuk kesihatan mental & fizikal.

Individu yang berkahwin mempunyai aksess kepada makanan dan persekitaran yang lebih berkualiti dan sihat. Mereka juga mempunyai risiko lebih rendah untuk alami kemurungan dan anxiety serta risiko untuk bunuh diri yang lebih rendah. Risiko mendapat serangan jantung dan strok juga lebih rendah bagi pasangan berkahwin.
Namun langit tidak selalunya cerah,ada yang menghadapi gelora dalam perhubungan. Bagi individu ini, mereka mempunyai risiko sangat tinggi untuk alami kesan dari segi kesihatan mental.