mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2019 (Adib Najmi Bin Razali – Kisah Kejayaan Celik It)

Nama : Adib Najmi Bin Razali
Umur : 12 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang :

Adib Najmi merupakan seorang pelajar sekolah rendah di SK Serting Ulu. Beliau kini perlu menduduki peperiksaan penting iaitu UPSR. Di peringkat ini beliau menggunakan banyak kaedah pembelajaran sebagai contoh, belajar menggunakan internet untuk mencari maklumat di laman sesawang, dan memuat turun soalan latihan berkaitan subjek yang dipelajari. Beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet Simpang Pertang untuk mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan.. Kemahiran menggunakan komputer yang dipelajarinya dapat memudahkan lagi beliau untuk melaksanakan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru beliau. Selain daripada itu beliau juga aktif di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah dan merupakan Ahli Jawatan Kuasa persatuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Sebelum ini beliau agak sukar untuk mengendalikan dan menggunakan komputer dan internet. Semuanya dilakukan dengan meminta bantuan daripada rakan-rakan kerana beliau tidak begitu mahir mengendalikan komputer dan menggunakan aplikasi online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:

Melalui kelas latihan asas komputer dan internet yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Simpang Pertang, beliau kini dapat mencari maklumat mata pelajaran beliau dengan sendiri. Beliau juga telah mahir menggunakan komputer serta mahir menaip