Nama | : Masrina binti Ishak |
Umur | : 46 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang :
Puan Masrina merupakan seorang penduduk Simpang Pertang. Beliau mempunyai 4 orang anak. Sejak 5 tahun yang lepas, beliau mula berjinak dalam urusan perniagaan.Beliau membantu kakak beliau dalam menguruskan perniagaan catering dengan memasak masakan yang ditempah oleh pelanggannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 sahaja setiap bulan. Pada ketika itu pelanggannya terdiri daripada penduduk di kawasan tersdekat dengan tempat tinggal beliau dan terdiri daripada kawan-kawan beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, medium perniagaannya telah diluaskan. Beliau telah mula meningkatkan ilmu perniagaannya dengan mempromosikan dan membuat pemasaran produk beliau melalui media sosial seperti Facebook. Sejak daripada itu, ramai pelanggan yang terus menyokong perniagaannya dan kini mendapat tempat dihati pelanggan. Hasil pendapatannya kini adalah sebanyak RM 1000 sebulan.