mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2019 (Nooraini Binti Mudek – Kisah Kejayaan Usahawan)

Nama : Nooraini Binti Mudek
Umur : 52 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Nooraini merupakan seorang suri rumah tangga. Beliau mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah di peringkat menengah. Suami beliau bekerja sebagai buruh. Beliau menceburi bidang perniagaan pada tahun 2018. Pada tahun tersebut beliau mula perniagaannya dengan minyak wangi berbentuk pen dengan jumlah yang minimum. Beliau membeli secara borong produk tersebut daripada pembekal. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500 sahaja setiap bulan. Pada ketika itu pelanggannya terdiri daripada penduduk di kawasan tersdekat dengan tempat tinggal beliau dan terdiri daripada kawan-kawan beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Simpang Pertang, beliau kini telah memiliki Facebook dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Selain daripada itu, beliau telah memperoleh ilmu menggunakan FB group untuk mempelbagaikan lagi kaedah jualan beliau. Kini, produk beliau telah mendapat perhatian daripda pengguna dan pendapatan kasar beliau telah mencecah sehingga RM 2000 sebulan.